Jalan Semarak 6,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan.
18 September 2009.
Ke hadapan saudara Azhar yabg berada di Kota Bharu, Kelantan. Semoga berada dalam keadaan sihat dan gembira selalu.
Saudara,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa adik saudara. Sebenarnya, saya mendapat khabar mengejutkan itu melalui berita yang disiarkan dalam sebuah akhbar harian tempoh hari.
Saya berasa sangat terkejut kerana kemalangan ngeri tersebut sangat menyentuh hati dan perasaan saya. Lebih menyedihkan apabila kemalangan itu disebabkan oleh pemandu lori yang memandu di bawah pengaruh alkohol. Saya sungguh tidak menyangka bahawa adik saudara pergi dalam usia yang masih terlalu muda. Benarlah kata orang tua- - tua bahawa
Semasa saya berkunjung ke rumah saudara tempoh hari, saya da berbual dengan adik saudara dan kami berbincang tentang pelajaran dan masa depan masing - masing. Semasa pertemuan tersebut, adik saudara cukup gembira dan ceria. Adik saudara memasang cita - cita yang tinggi apabila dewasa kelak. Saya cukup kagum dengan cita - cita yang mahu menjadi usahawan dan dapat mengubah nasib keluarga. Rupa - rupanya, pertemuan saya dengan adik saudara tempoh hari merupakan pertemuan yang tetakhir.
Suudara,
Walaupun pemergian adik saudara telah seminggu berlalu, namun sya pasti peristiwa tersebut menjadi igauan ngeri yang tidak dapat dilupakan dalam hidup saudara. Namun begitu, saya mengharapkan agar saudara tabah dan menerima dugaan dan ujian daripada Tuhan. Sesuatu yang berlaku tentu ada hikmah yang kita sendiri tidak menyedarinya.
Akhir sekli , sya mengharapkan agar saudara dapat meneruskan kehidupan dengan lebih cekal dan menyambung cita - cita yang [pernah diluahklan oleh adik saudara tempoh hari. Sekian dan sampaikan salam saya kepada keluarga saudara.
Yang benar,
HISHAMUDDIN
thanks
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteThank you very much. Very nice essay.
ReplyDeletevery simple and better essay
ReplyDeleteDamn nice
ReplyDeleteleave ur fifa 3 online name here tq😇😇😇
ReplyDeleteThanks ...its very useful for me
ReplyDeleteThankyou....
ReplyDelete