Sabda Rasulullah SAW :
"Solat berjemaah lebih afdal dari solat bersendirian sebanyak 27 Darjat"
Hadis daripada ‘Abd Allah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma, dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 645 (Kitab Adzan, Bab Keutamaan Solat Jamaah).
Sabda Rasulullah SAW :
"Solat berjemaah lebih afdal dari solat bersendirian sebanyak 25 Darjat"
Hadis daripada Abu Sa‘id al-Khudri radiallahu anhu, dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 646.
Mengapa 27 dan mengapa 25...??? Ringkasan penerangan :
- 27 Darjat adalah untuk solat berjemaah yg jauh, manakala 25 Darjat adalah untuk solat berjemaah yg dekat dgn KORDINAT org tu.
- 27 Darjat untuk solat berjemaah kat MASJID manakala 25 Darjat kalau solat berjemaah kat tempat lain seperti surau, kat opis, padang dan lain2.
- 27 Darjat untuk seorang yg dah READY dan datang awal kat masjid, dia dah siap sedia nak solat jemaah manakala 25 Darjat adalah yg sebaliknya.
- 27 Darjat bagi Jemaah yg ramai 25 Darjat bagi jemaah yg sedikit.
- 27 Darjat untuk solat jemaah Subuh dan Isyak 25 darjat bagi yg selainnya.
- 27 Darjat bagi solat jemaah yg dinyaringkan bacaannya manakala 25 Darjat bagi solat jemaah yg diperlahankan bacaanya oleh imam.
- 27 Darjat bagi solat jemaah yg dipimpin oleh seorang Imam yg berilmu lagi baik bacaannya manakala 25 Darjat untuk jemaah yg dipimpin oleh selainnya.
No comments:
Post a Comment