- Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali untuk mendapat gambaran yang menyeluruh dengan baik dan jelas.
- Supaya petikan tersebut mudah anda fahami, berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut:
a) watak-watak dalam petikan
b) persoalan atau isu utama dalam petikan
c) sebab-sebab timbulnya persoalan dalam petikan
d) masa sesuatu peristiwa dalam petikan berlaku
e) tempat berlakunya peristiwa dalam petikan
- Seperti yang telah dinyatakan, anda mungkin akan diuji dalam hal menaakul maksud kata dan rangkai kata dengan berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
- Untuk menjawab soalan sedemikian dengan baik, mula-mula carilah kedudukan kata atau rangkai kata yang berkenaan dalam ayat yang berkaitan.
- Kemudian, tentukan lah maksudnya dengan berdasarkan konteks ayat dan petikan tersebut secara keseluruhan.
- Ketika menuliskan maksudnya, gunakan lah kata-kata anda sendiri dalam bentuk bahasa yang baku.
- Anda mungkin juga diuji dalam hal:
a) menaakul perkara yang tersurat dan tersirat
b) memahami perutusan, unsur-unsur kemanusiaan, pengajaran dan sebagainya.
c) Memberikan cadangan, pandangan, pendapat dan lain-lain.
- Untuk menjawab soalan sedemikian, mula-mula baca soalan yang dikemukakan dengan teliti untuk memahami kehendak soalan.
- Ada soalan yang teriri daripada dua bahagian atau lebih. Oleh itu, pastikan hal yang berkenaan agar anda tidak ketinggalan untuk menjawabnya kelak.
- Semasa hendak menuliskan jawapan, ambillah sebahagian daripada soalan sebagai permulaan jawapan dan gabungkan dengan jawapan yang sebenarnya dalam bentuk ayat yang lengkap.
- Jika terdapat kata-kata yang berhuruf condong dalam soalan, tuliskanlahkata-kata itu semula dalam jawapan, dengan memberikan tanda petik (“…”).
- Gunakan kata-kata anda sendiri sebagai jawapan tanpa menggunakan kata-kata dalam petikan.
- Jika soalan menanyakan pendapat anda, berikanlah pendapat yang logik dan yang berkaitan dengan persoalan yang dikemukakan.
- Untuk mngelakkan kesalahan bahasa dalam jawapan, gunakanlah ayat yang ringkas. Hall ini bermakna bahawa jawapan anda mungkin terdirii daripada beberapa ayat.
- Oleh sebab itu, untuk menunjukkan kesinambungan antara ayat tersebut, gunakanlah penanda wacana seperti di samping itu,selain itu, dalam pada itu, sungguhpun demikian, dan sebagainya.
- Jika soalan menanyakan aspek sastera, fahamilah aspek sastera tersebut terlebih dahulu.
- Hal ini bermakna bahawa anda perlu mengingat semua aspek dan istilah sastera, di samping contoh-contohnya yang berkaitan.
- Seterusnya,kaitkan aspek sastera yang berkenaan dengan bukti dan contohnya yang terdapat dalam petikan.
No comments:
Post a Comment