Sunday, May 1, 2011

Laporan Merentas Desa Anjuran Kelab Kembara Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat

Satu aktiviti merentas desa telah dianjurkan oleh Kelab Kembara sekolah ini.
Aktiviti ini telah diadakan pada cuti pertengahan semesteryang lepas. Tujuan aktiviti tersebut adlah untuk melatih stamina dan ketahanan diri dalam kalangan semua ahli Kelab Olahraga di samping mengeratkan hubungan antara ahli Kelab Olahraga. Program itu terbuka kepada semua ahli Kelab Kembara sekolah ini dengan yuran penyertaan sebanyak RM 2.00 sahaja. Seramai 25 ahli kelab telah menyertai program ini.

Tepat pada pukul 7.30 pagi, Tuan Pengetua, Encik Zainal Ibrahim telah
melepaskan peserta di padang sekolah dengan tembakan pistol berpeluru kapur ke angkasa. Jarak merentas desa ini ialah sejauh 8 kilometer. Bermula dari padang sekolah hinggalah kaki Bukit Perak dan dari situ berpatah balik ke sekolah. Cuaca sepanjang pagi itu sungguh baik. Semua peserta berlari sambil menyedut udara nyaman. Mereka juga berpeluang mengamati keindahan alam sekitar di sepanjang jalan.

Terdapat petugas ahli jawatan kuasa Kelab Kembara yang memberikan minuman
botol kepada peserta-peserta di pertengahan jalan. Ada di antara mereka yang memilih untuk berjalan di tengah –tengah perlumbaan. Hal ini disebabkan kemenangan bukanlah segala-galanya dalam aktiviti merentas desa kali ini.

Pada kira-kira pukul 9.00 pagi, acara ini tamat di padang sekolah. Semua pesrta
kelihatan dalam keletihan. Namun apa yang penting, acara ini telah memberikan kepuasan kepada peserta untuk mencuba kemampuan masing-masing. Setengah jam kemudian, diumumkan sepuluh orang pemenang acara merentas desa bagi kategori lelaki dan perempuan. Johan kategori lelaki ialah Pak Jo manakala kategori perempuan pula disandang oleh Syarafana.

Pingat-pingat kemenangan telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, Encik Zainal
Ibrahim. Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah mencapai objektifnya. Aktiviti yang sedemikian harus diteruskan pada tahun hadapan.

Disediakan oleh,                                                                                               10 JUN 2008

(MUHAMMAD AZRI MUHAMMAD JO)
Setiausaha,
Kelab Kembara,
SMK Simpang Empat.

No comments:

Post a Comment