Saturday, April 30, 2011

MEDIA MASSA MERUPAKAN PENYUMBANG UTAMA KEPADA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ( PERBINCANGAN )

           Peranan yang dimainkan oleh media massa cukup besar. Sebagai penyalur maklumat dan pencetus pemikiran rakyat, media massa turut mengundang pelbagai implikasi negatif terutama kepada para remaja.


           Media massa seperti televisyen banyak mempengaruhi pemikiran anak - anak remaja. Televisyen menyiarkan gambar - gambar serta filem - filem yang bercanggah dengan budaya dan adat ketimuran. Anak remaja akan mudah terikut - ikut dan cuba meniru nilai yang ditonjolkan melalui televisyen, majalh dan seumpamanya. Justeru, tidak hairan terdapat remaja kita yang semakin berani melakukan perkara negatif seperti pembunuhan, jenayah seks dan sebagainya.


           Selain media massa, turut dikaitkan ialah pengaruh rakan sebaya. Semasa kecil anak - anak berasa berada dalam lingkungan keluarga. Apabila anak- anak sudah meninkgkat remaja, mereka lebih rapat dengan rakan - rakan sebaya berbanding keluarga. Segala masalah yang berkaitan dengan jiwa remaja akan diceritakan kepada rakan - rakan mereka. Oleh itu, anak - anak perlu bijak memilih rakan dan jika tersilap memilih kawan tentulah akan merosakkan masa depan anak - anak. Dalam hubungan ini, ibu bapa tidak seharusnya lepas tangan dan mereka perlu bersama - sama memantau pergerakan anak - anak.


           Banyak kajian menunjukkan bahawa anak - anak yang terabai dan kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga sering mencari jalan penyelesaian yang kurang bijak. Mereka bertindak lari dari rumah dan mencari orang lain yang dapat memberikan mereka kasih sayang.
Akibatnya, anak - anak tersebut mudah terjebak dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya.


           Kesimpulannya, keruntuhan akhlak remaja bukan disebabkan faktor media massa sahaja   malahan melibatkan faktor - faktor lain juga. Sebagia anak remaja, jagalah perilaku kita agar tidak menyesal pada kemudian hari, kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.





1 comment: