Thursday, April 28, 2011

Keburukan Iklan Di Televisyen ( SYARAHAN )

            Gejala sosial yang melanda para remaja sejak akhir - akhir ini semakin membimbangkan. Isu dadah, ketagihan dadah, budaya lepak dan lumba haram merupakan sebahagian kecil gjala yang membabitkan remaja. Namun begitu, peningkatan kes jenayah dari setahun ke setahun tentulah akan mengundang masalah kepada negara dan bangsa. Suatu kejian perlulah dilakukan untuk mengetahui faktor - faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini.

            Pada pendapat saya, gejala sosial remaja saling berkait dan punca asalnya adalah daripada institusi keluarga itu sendiri. Keruntuhan institusi keluarga seperti penceraian ibu bapa menyebabkan anak - anak tersisih dan mereka tiada pendirian hidup seperti anak ayam kehilangan ibunya.

            Selan itu, terdapat juga kes remaja yang terlibat dalam perbuatan salah laku sisebabkan pengaruh rakan sebaya. Dalam memilih kawan, kita mesti berhati - hati agar tidak terpengaruh dengan perlakuan kawan yang kurang baik. Dalam hal ini, kita mesti ingat pesanan orang lama - lama, iaitu jika kita berkawan dengan pencuri kita akan menjadi pencuri. Oleh itu, ibu bapa yang bertanggungjawab perlulah memantau pergerakan anak - anak dan menyelidik dengan siapa anak- anak berkawan.

            Anak remaja perlulah memiliki sikap yang terpuji dan memelihara diri daripada perkara yang merosakkan diri dan masa depan mereka. Oleh itu, didikan agama merupakan perisai yang dapat menangkis perkara - perkara negatif yang merosakkan pemikiran anak - anak.

           Masa depan negara bergantung kepada golongan remaja pada hari ini. Remaja yang membabitkan diri dalam gejala negatif akan merosakkan masa depan keluarga serta menjejaskan keselamatan negara dan kemajuan negara.


No comments:

Post a Comment