Thursday, April 28, 2011

KITAR SEMULA

          Dianggarkan melebihi satu ribu tan sampah yang dipungut pada setiap hari di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 23 Disember 2007. Cuba bayangkan sampah dari kawasan lain di seluruh negara Malaysia. Ke manakah sampah itu dibawa dan apakah yang dilakukan seterusnya? Oleh itu, saranan kerajaan agar kita mengamalkan amalan kitar semula perlu dicakna bersama.

          Antara faedah amalan kitar semula ialah dapat mengurangkan pencemaran. Barangan seperti kaca, surat khabar lama, tin dan plastikdapat diguna pakai semula selepas melalui proses tertentu. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan amalan membakar sampah secara terbuka yang sudah tentu memberikan impak negatif kepada kualiti udara yang kita sedut pada setiap hari.

          Bukan itu saja, kita juga dapat melindungi hutan di negara kita. Proses kitar semula surat khabar dan kertas lama sudah tentu dapat menyelamatkan pokok daripada ditebang untuk dijadikan kertas baru untuk kegunaan seharian. Di samping itu, kita sebagai pengguna akan dapat memperoleh wang tambahan daripada hasil jualan barangan kitar semula.

          Melalui amalan kitar semula juga, kawasan pelupusan sampah dapat dikurangkan. Sisa-sisa domestik yang dipungut setiap hari akan dibawa ke tapak pelupusan sampah membabitkan penggunaan berekar-ekar tanah. Jelaslah di

No comments:

Post a Comment