Saturday, September 17, 2011

Karangan-Punca2 Banjir Kilat dan Tanah Runtuh

     Dalam era modenisasi ini,kita dibanjiri dengan kepesatan ekonomi dan teknologi yang semakin berkembang.Namun,Perkembangan ini bukan sahaja memberikan kesan psitif malah,ia turut memberi kesan yang negatif.Bencana banjir kilat dan tanah runtuh antara kesan negatif yang dibawa oleh arus pemdenan ini.Persoalannya,apakah punca-punca kejadian seperti ini?

     Antara punca berlakunya tanah runtuh termasuklah kemajuan dari sektor ekonomi.Ekonomi yang semakin meningkat,secara tidak langsung telah membawa kepada kejadian ini.Bencana ini berpunca daripada aktivit-aktiviti yang tidak terkawal seperti kegiatan pembalakan.Disebabkan ingin mengaut keuntungan,manusia sanggup melakukannya tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku kepada kehidupan flora dan fauna.

     Selain itu,pembukaan petempatan di kawasan bukit telah menyebabkan berlakunya tarahan bukit.Penebangan pokok yang tidak terkawal boleh menyebabkan hakisan tanah.Ini kerana,struktur tanah sudah menjadi longgar disebabkan ketiadaan pautan akar pada pokok.

     Banjir kilat seringkali berlaku di kawasan yang semakin membangun seperti bandar.Petempatan ini seringkali dikaitkan dengan bencana banjir kilat terutama sekali apabila musim tengkujuh.Hal ini kerana bandar merupakan kawasan yang bertanah pamah dan ditambah lagi dengan pengurusan sistem perparitan yang tidak diselenggara.Sehubungan dengan itu,sikap "melempar batu sembunyi tangan" menjadi pendorong kepada berlakunya banjir kilat di mana sampah yang dibuang oleh manusia akan menyebabkan parit tersumbat.

     Selain berfungsi sebagai penyerap karbon dioksida,pokok-pokok juga berperanan dalam menjadi agen penahan air yang deras akibat hujan lebat yang berlaku di kawasan berbukit berhampiran dengan kawasan bandar.JIka pokok-pokok tidak ditanam di kawasan bandar,sudah tentu bencana tersebut akan melanda ke kawasan tersebut.Sebagai akibat,bencana ini akan memusnahkan segala harta benda dengan sekelip mata.

     Kesimpulannya,bencana alam sebegini hanya akan memberikan impak yang buruk kepada kita.Sebagai seorang manusia yang bertamadun kita haruslah sentiasa berusaha untuk mengelakkan bencana seperti ini daripada terus berlaku dengan mengambil iktibar daripada bencana tersebut.
Oleh itu kita haruslah berusaha menangani masalah ini bak kata pepatah "bumi kita tanggungjawab bersama". 

No comments:

Post a Comment