Saturday, September 17, 2011

Langkah2 Menulis Karangan

Menulis Karangan
1 Karangan bermula dengan ayat. Sekumpulan ayat membentuk perenggan atau paragraf. Sekumpulan perenggan pula membentuk satu karangan.
2. Setiap perenggan mestilah berisi hanya satu fakta utama atau satu buah fikiran yang utama sahaja sebagaimana yang tergambar seperti yang berikut.
Fakta Utama + Huraian + Contoh
janganlah mencampuradukkan dua atau beberapa fakta utama dalam satu perenggan.
Apabila hendak menulis karangan, ingatlah bahawa karangan anda mesti mempunyai:
a) perenggan pendahuluan
b) perenggan-perenggan isi
c) penutup
Membina Perenggan Pendahuluan
Perenggan pendahuluan merupakan kepala dalam karangan.
Perenggan ini berfungsi memberikan gambaran awal dan menyeluruh tentang tema atau isu pokok yang digarap dalam karangan.
Pendahuluan yang baik ialah yang dapat menarik perhatian pembaca dan yang mendorongnya untuk membaca keseluruhan karangaan.
Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja tentang satu perkara yang berkaitan dengan soalan secara umum.
Pendahuluan yang baik ialah yang dapat menarik perhatian pembaca dan yang mendorongnya untuk membaca keseluruhan karangan.
Akhirilah perenggan pendahuluan dengan ayat yang dapat membawa perhatian pembaca kepada isi sebenarnya yang dinyatakan dalam soalan.
Membina Perenggan Isi
Perenggan isi atau perenggan penghubung ialah perenggan yang mengemukakan maklumat atau gagasan yang berkaitan dengan tema atau isi pokok karangan.
Setiap perenggan isi harus berisi satu isi penting sahaja.
Disamping berisi isi penting, setiap perenggan mesti mempunyai:
a) huraian lanjut yang mungkin berupa maklumat tambahan, bahasan, ulasan, dan sokongan sebagai keterangan atau penjelasan untuk isi penting tadi.
b) Contoh sebagai bukti konkrit untuk memperkukuh isi penting dan huraian lanjut tersebut.
Selain mengembangkan isi penting dalam bentuk perenggan isi, anda harus memastikan terdapat penjalinan yang baik antara satu perenggan dengan perenggan-perenggan yang lain.
Hal ini penting supaya pembaca mudah mengikuti jalan fikiran anda yang dikemukakan dalam karangan.
Untuk memperlihatkan penjalinan dan perkaitan ini, gunakanlah penanda wacana seperti namun demikian, walau bagaimanapun, sebaliknya, tambahan pula dan sebagainya.
Selain itu, anda perlu juga memastikan bahawa pembinaan perenggan-perenggan tersebut didasarkan pada rangka karangan yang telah anda lakarkan.
Membina Perenggan Penutup
Penutup karangan berisi kesimpulan disamping pendirian anda tentang soalan.
Kesimpulan dalam perenggan penutup mestilah lebih umum tetapi padat.
Untul membina perenggan penutup, fakta-fakta yang telah anda nyatakan dalam prenggan-perenggan isi tidak perlu anda ulangi.
Sebaliknya, fakta-fakta daripada perenggan-perenggan isi itu perlu anda gabungkan dalam satu idea yang menggambarkan pendirian anda yang kemudiannya anda tulis dalam satu perenggan.
Dalam pada itu, elakkanlah memasukkan fakta baru dalam perenggan penutup.
Akhir sekali, panjangnya perenggan penutup ini sebaik-baiknya sama dengan panjang perenggan pendahuluan.

No comments:

Post a Comment