Saturday, September 17, 2011

Langkah Untuk Menjawab Soalan Komponen Sastera SPM

  1. Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali untuk mendapat gambaran yang menyeluruh dengan baik dan jelas.
  2. Supaya petikan tersebut mudah anda fahami, berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut:
a) watak-watak dalam petikan
b) persoalan atau isu utama dalam petikan
c) sebab-sebab timbulnya persoalan dalam petikan
d) masa sesuatu peristiwa dalam petikan berlaku
e) tempat berlakunya peristiwa dalam petikan
  1. Seperti yang telah dinyatakan, anda mungkin akan diuji dalam hal menaakul maksud kata dan rangkai kata dengan berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
  2. Untuk menjawab soalan sedemikian dengan baik, mula-mula carilah kedudukan kata atau rangkai kata yang berkenaan dalam ayat yang berkaitan.
  3. Kemudian, tentukan lah maksudnya dengan berdasarkan konteks ayat dan petikan tersebut secara keseluruhan.
  4. Ketika menuliskan maksudnya, gunakan lah kata-kata anda sendiri dalam bentuk bahasa yang baku.
  5. Anda mungkin juga diuji dalam hal:
a) menaakul perkara yang tersurat dan tersirat
b) memahami perutusan, unsur-unsur kemanusiaan, pengajaran dan sebagainya.
c) Memberikan cadangan, pandangan, pendapat dan lain-lain.
  1. Untuk menjawab soalan sedemikian, mula-mula baca soalan yang dikemukakan dengan teliti untuk memahami kehendak soalan.
  2. Ada soalan yang teriri daripada dua bahagian atau lebih. Oleh itu, pastikan hal yang berkenaan agar anda tidak ketinggalan untuk menjawabnya kelak.
  3. Semasa hendak menuliskan jawapan, ambillah sebahagian daripada soalan sebagai permulaan jawapan dan gabungkan dengan jawapan yang sebenarnya dalam bentuk ayat yang lengkap.
  4. Jika terdapat kata-kata yang berhuruf condong dalam soalan, tuliskanlahkata-kata itu semula dalam jawapan, dengan memberikan tanda petik (“…”).
  5. Gunakan kata-kata anda sendiri sebagai jawapan tanpa menggunakan kata-kata dalam petikan.
  6. Jika soalan menanyakan pendapat anda, berikanlah pendapat yang logik dan yang berkaitan dengan persoalan yang dikemukakan.
  7. Untuk mngelakkan kesalahan bahasa dalam jawapan, gunakanlah ayat yang ringkas. Hall ini bermakna bahawa jawapan anda mungkin terdirii daripada beberapa ayat.
  8. Oleh sebab itu, untuk menunjukkan kesinambungan antara ayat tersebut, gunakanlah penanda wacana seperti di samping itu,selain itu, dalam pada itu, sungguhpun demikian, dan sebagainya.
  9. Jika soalan menanyakan aspek sastera, fahamilah aspek sastera tersebut terlebih dahulu.
  10. Hal ini bermakna bahawa anda perlu mengingat semua aspek dan istilah sastera, di samping contoh-contohnya yang berkaitan.
  11. Seterusnya,kaitkan aspek sastera yang berkenaan dengan bukti dan contohnya yang terdapat dalam petikan.

No comments:

Post a Comment