Friday, September 16, 2011

Peperiksaan Yang Menjelma



Ramai rakan-rakan kita di luar sana yang sedang dalam ketakutan sempena musim peperiksaan ini. Maklumlah, bukan pelajar-pelajar sekolah sahaja yang sedang mengambil peperiksaan pada saat ini. Pelajar mahasiswa dan mahasiswi pun sedang bertungkus lumus belajar untuk final exam. Siti pun tidak ketinggalan juga. Tetapi, tak usahlah takut yang keterlaluan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Positifkan pemikiran anda semua. InsyaAllah, berjaya. Yang penting anda semua yakin dan terus berusaha. Lepas tu jangan lupa pada DIA. So...untuk keterangan dan maklumat bersama, bacalah informasi di bawah ini :

MENGHADAPI PEPERIKSAAN MENDATANG

Cara Mengatasi Perasaan Takut Menghadapi Peperiksaan

Persediaan Mental
• Berfikiran Positif
• Semangat Yang Tinggi
• Menerima Keadaan Dengan Seadanya

Persediaan Emosi
Perkara yang perlu dielakkan:

• Pertengkaran dengan rakan-rakan yang boleh menggugat kestabilan emosi.
• Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah & tidak redha.
• Cinta monyet yang mungkin kecundang di saat-saat menghadapi peperiksaan.
• Bersikap terlalu yakin.
• Berprasangka buruk terhadap orang lain.

Apa saya perlu lakukan?
• Tenangkan jiwa.
• Elak berkonflik dengan rakan dan orang yang terdekat seperti ahli keluarga.
• Maafkan kesalahan orang lain.
• Sentiasa senyum walaupun agak tertekan.
• Kawal perasaan dan tidak cepat melatah.
• Bersangka baik pada orang lain.
• Sedia memberi peransang pada rakan.






  • Amalan Fizikal
    • Tidur yang cukup, jangan tidur lewat.
    • Jaga pemakanan
    • Riadah/berjalan-jalan untuk tenangkan fikiran.
    • Menjaga kesihatan diri.

    Amalan Kerohanian
    • Bermunajat kepada Allah S.W.T melalui solat hajat.
    • Berdoa.
    • Berzikir dan membaca al-Quran.
    • Jauhi perbuatan maksiat dan dosa besar.
    • Minta restu daripada ibu bapa.

    Mengatasi Pelbagai Persoalan Dan Kebimbangan Menghadapi Peperiksaan.
    • Saya Tidak Tahu Di Mana Patut Bermula.
    • Terlalu Banyak Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Semakin Hampir.
    • Anda Baca dan Anda Faham Namun Tidak Mampu Mengingatinya.
    • Tadi Anda Masih Ingat Tapi Kenapa Kini Anda Lupa.
    • Belajar Di Saat-saat Akhir.

    Apa saya perlu buat?
    E- Early Preparation
    X- x-Check
    A- Analyse past year question
    M- Memorise & Recall
    S- Steady (JERI)

    Cara Belajar Untuk Menghadapi Peperiksaan
    • Sebulan Sebelum Peperiksaan.
    • Seminggu Sebelum Peperiksaan.
    • Sehari sebelum Peperiksaan.
    • Melangkah Masuk ke Dewan Peperiksaan.
    • Ketika Menjawab Kertas Peperiksaan.
    • Terlupa Dalam Peperiksaan.

    Persediaan peperiksaan : Badariah (2007)
    Persediaan awal
    • Tumpuan pelajaran di dalam kelas
    • Melengkapkan nota
    • Menyediakan jadual waktu belajar
    • Mengulangkaji pelajaran
    • Mencatat nota (ringkas)

    Persediaan pertengahan
    (kira-kira dua bulan sebelum peperiksaan)
    • Membaca semua nota ringkas
    • Meringkaskan nota kepada fakta penting
    • Membuat kata kunci
    • Perbincangan dengan rakan-rakan
    • Buat latihan soalan-soalan lepas

    Seminggu sebelum peperiksaan
    • Baca kembali semua nota
    • Nota ringkas seharusnya mengandungi kata-kata kunci sahaja
    • Semak nota sekerap yang boleh sehingga dapat menulis isi-isi penting
    dengan lengkap.

    Malam peperiksaan

    • Pastikan anda cukup tidur
    • Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen,
    pensel pemadam, pembaris, kad pengenalan dan slip peperiksaan.
    • Kuatkan azam dan tekad untuk berjaya.

    Pada hari peperiksaan
    • Sarapan pagi
    • Datang awal ke dewan peperiksaan
    • Elakkan perbincangan
    • Berdoa agar hati sentiasa tenang
    • Masuk ke dewan dengan disiplin dan keyakinan dan takbir semasa melangkah.
    • Mulakan menjawab dengan bacaan Bismillah
    • Membahagikan masa secukupnya untuk setiap soalan
    • Menjawab soalan mengikut arahan
    • Berserah kepada Allah dan baca doa tawakal semasa menyerahkan jawapan.

    Selepas peperiksaan
    • Teruskan berdoa dan solat hajat.
    • Sentiasa bertawakkal
    • Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah


    * Rujuk kembali semua teknik-teknik, kemahiran belajar strategi belajar.


    “Kejayaan sering diciptakan oleh insan biasa, dari keluarga biasa dengan keupayaan
    biasa yang bekerja secara luar biasa”.

    “Selamat berusaha dan berjaya di dunia dan akhirat rakan seperjuangan yang kusayangi
  • No comments:

    Post a Comment