Saturday, September 17, 2011

Pantun Hari Merdeka

Assalamualaikum semua...Sempena sambutan hari kebangsaan kali ke 54 nih, teman nak ajak semoga kita semua menghargai erti kemerdekaan...tgklah nasib sedara seagama yang ditindas di negara sendiri disana sini....kita jangan lupa dan alpa....Syukurilah nikmat pemberian Allah ini.. Pantun ni teman buat khas untuk sambutan merdeka......

 
Jalur Gemilang bendera negara,
Tanda Malaysia negara merdeka,
Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
Jangan dinodai dengan dosa dan noda


Jalur gemilang berkibar megah
Lagu Negaraku berkumandang indah,
Apakah erti kemerdekaan dari penjajah, 
Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah


Tanah Melayu tertubuhlah sudah,
Tanggal 31 Ogos '57 hari merdeka,
Wahai kengkawan jagalah maruah,
Budi bahasa, budaya bangsa rakyat merdeka.

No comments:

Post a Comment